Diriwayatkan bahwa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia karena
kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan
malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke
dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk
meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka yaitu
Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa
niscaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau
letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan petunjuk yg perlu di hantar ke dunia.
Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja
dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh karena kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70
buah sungai.
Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan
diatas sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api
tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat
malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke
neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti
api yg sering kita gunakan untuk berbagai keperluan termasuk api gunung
berapi dan sebagainya.
Renungan :
Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai
dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan
kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAJA. Sumber http://luvislam92.blogspot.com/